Tuesday, 24 September 2013

Surat-Surat Pekeliling Bagi Protokol

Surat-surat pekeliling berikut merupakan panduan yang perlu difahami oleh warga sekolah untuk memastikan peraturan dan tatacara dipatuhi dan dipraktikkan dengan betul.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/75: Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku"

 http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/1975/circularfile_file_000569.pdf

PERATURAN PAKAIAN

2.  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/85: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah

http://www.ppdlms.edu.my/v7/downloads.php?cat_id=5

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001: Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah

http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas-view?id=736&page=1&keyword=&year=2001&subcat=4&

4.  Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2006: Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja Dan Menghadiri Majlis Rasmi

http://docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/spp06/bil01/spp0106.pdf

5.  Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2008: Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis

http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2008/01/spp012008.pdf

PEMAKAIAN TANDA NAMA (NAME TAG)

6.  Surat Pekeliling Am Bil. 8/1983: Pemakaian Tanda Nama

http://www.mampu.gov.my/documents/10228/15822/spa081983.pdf/0f201696-a6f9-430d-8136-64bbd2d66ea9

PENGIBARAN BENDERA 

7.  Surat Pekeliling Am Bil. 3/1994: Pengibaran Bendera Malaysia di Bangunan-Bangunan Persekutuan Di Seluruh Negara

http://www.jpm.gov.my/userfiles/file/Surat%20Pekeliling%20Am%20Bil_%203%20Tahun%201994.pdf

ATURCARA MAJLIS RASMI SEKOLAH

8.  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/1989/circularfile_file_000668.pdf


PERHIMPUNAN SEKOLAH

9.  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984: Perhimpunan Sekolah

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/1984/circularfile_file_000644.pdf

10.  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 1975: Nyanyian Lagu Kebangsaan/ Negeri dan Mengibar Bendera Persekutuan/ Negeri di Sekolah/Maktab Perguruan

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/1975/circularfile_file_000575.pdf


12 comments:

  1. Salam Dr guchi....saya student npqel baru tamat kursus. Saya ingin penjelasan...adakah benar bahawa kalau pakai baju kurung dsb yang seumpamanya jika ingi pakai blazer perlu yang labuh atau dipanggil long coat? Harap dapat penjelasan tuan kerana saya mencari di mana2 tiada dinyatakan seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr guchi....saya student npqel baru tamat kursus. Saya ingin penjelasan...adakah benar bahawa kalau pakai baju kurung dsb yang seumpamanya jika ingi pakai blazer perlu yang labuh atau dipanggil long coat? Harap dapat penjelasan tuan kerana saya mencari di mana2 tiada dinyatakan seperti ini.

    ReplyDelete
  3. Salam Sejahtera,
    Ya, perlu pakai long coat dengan baju kurung, yang panjangnya lebih labuh sedikit daripada baju kurung/kebaya. Tidak ada dalam pekeliling secara khusus tetapi itu dianggap etiket pemakaian.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. salam sejahtera..sy nak tanya kalau guru perempuan pakai dress labuh atau jubah moden..adakah ia dibenarkan. tq

    ReplyDelete
  5. salam sejahtera..sy nak tanya kalau guru perempuan pakai dress labuh atau jubah moden..adakah ia dibenarkan. tq

    ReplyDelete
  6. Salam Sejahtera Pn. Zue,

    Terima kasih atas soalan puan ini.

    Pemakaian jubah seringkali menjadi isu perbualan apabila bercakap tentang pakaian wanita. Kalau kita lihat secara khusus pemakaian jubah bagi wanita tidak dilarang secara langsung. Ada Ketua Jabatan yang membenarkan pemakaian jubah dan ada juga yang tidak membenarkan pemakaiannya.
    Salah satu pekeliling ikhtisas yang berkisar tentang pemakaian jubah ialah SPI Bil. 7/2001. Walaupun pekeliling ini membincangkan tentang jubah tetapi tujuan pekeliling ini adalah untuk menegur pemakaian jubah dan berserban dalam kalangan guru-guru lelaki. Dalam pekeliling ini disebut bahawa pakaian JUBAH bukanlah pakaian bagi pegawai-pegawai awam seperti yang termaktub dalam pekeliling induk pakaian iaitu SPP BIl. 2/1985. Rujukan juga dibuat kepada SPI BIl. 6/1985 yang membawa maksud yang sama.
    Ada KJ yang membenarkan pemakaian jubah kerana berpegang kepada SPI 6/1985 yang menyatakan bahawa pakaian yang dilarang bagi pegawai wanita ialah "apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata". Oleh kerana pakaian jubah dianggap tidak termasuk dalam kategori yang dilarang ini maka pemakainnya dibenarkan. Ada KJ berpendapat bahawa jubah bukanlah pakaian kaum Melayu. Dalam pekeliling tersebut dinyatakan "pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing" dan ada yang mengatakan jubah tidak termasuk kerana bukan pakaian mana-mana kaum utama di Malaysia. Pada masa yang sama juga apabila dilihat pakaian wanita yang dibenarkan dalam pekeliling tersebut, dinyatakan "pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata". Jika jubah dianggap sesuai dan tidak menjolok mata, maka pemakaiannya tidaklah salah.
    Ada juga keluhan yang mengatakan bahawa jubah dilarang oleh sebahagian KJ kerana pemakaiannya menjolok mata. Pakaian jubah yang diperbuat daripada kain jenis halus dan sendat dianggap menjolok mata.
    Kesimpulannya, pemakaian jubah ini kebenarannya terletak kepada budi bicara Ketua Jabatan masing-masing. Ramai juga wanita yang mengenakan pakaian jubah tetapi tidak menjolok mata dan pemakaiannya sopan dan tertib. Saya berpendapat bahawa pakaian jubah jika boleh, dielakkan dalam majlis rasmi dan formal. Pemakaiannya dalam tugas seharian, jika tidak menjolok mata, mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Ada pendapat mengatakan name tag tak boleh dipakai bersama baju batik. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  8. Ada pendapat mengatakan name tag tak boleh dipakai bersama baju batik. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera,

      Maaf kerana saya terlepas pandang soalan yang saudara/saudari ajukan ini.

      Saya belum pernah menemui sebarang peraturan yang menyatakan bahawa name tag tidak perlu dipakai dengan baju batik. Pekeliling yang sudah pastinya berkuat kuasa ialah tentang penggunaan name tag atau tanda nama. Jadi name tag perlu dipakai dengan semua jenis pakaian kecuali yang sudah ada tertera nama pada pakaian itu seperti baju korporat. Ada yang bimbang sebenarnya kerana penggunaan tanda nama yang berpin akan merosakkan fabrik batik tersebut tetapi mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan name tag yang bermagnet.
      Sekian, terima kasih.

      Delete
  9. Selamat pagi GS: ujud tak pekeliling yang melarang pemakaian baju kurung dengan blazer biasa. Dan jika nak pakai, jadi kesalahan ka? semasa perhimpunan. Dan di IAB,, kalu tak pakai, jadi kesalahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Sdr. Baharuddin,

      Terima kasih atas soalan yang diajukan ini. Tidak ada pekeliling sepanjang yang saya tahu tentang larangan pemakaian baju kurung dengan blazer/kot biasa. Cuma dari segi etiket berpakaian, penggunaan blazer biasa tidak sesuai dipakai dengan baju kurung. Baju kurung boleh dipakai dengan kot khas bagi wanita yang panjangnya sehingga paras lutut. Tidak menjadi kesalahan di mana-mana pun jika baju kurung tidak dipakai dengan blazer. Jika tidak mengenakan kot khas tersebut, adalah paling sesuai menggunakan shawl atau selendang jika berasa sejuk, umpamanya di IAB seperti yang saudara timbulkan itu.

      Harap penerangan ini dapat membantu menjawab persoalan saudara.

      Sekian, terima kasih.

      Delete
  10. Tanda nama rasmi macamana pula?
    Satu nama sahaja ke untuk tanda nama?

    ReplyDelete