Tuesday, 21 March 2017

Ceramah Protokol dan Etiket Sosial bagi 6 buah SK di daerah Klang - 25 Februari 2017

Salam Sejahtera,

Satu ceramah Protokol telah dilaksanakan bagi 310 orang guru daripada 6 buah SK daerah Klang.  Ceramah ini diadakan pada 25 Februari 2017 di Auditorium SJKC Pandamaran (A) di Klang, Selangor. 

Terima kasih diucapkan kepada kesemua 6 buah sekolah yang telah mengambil bahagian dalam program ceramah ini, seperti berikut:

1. SK La Salle                  (Guru Besar: Pn. Salmiah Abd Hamid) - 31 orang
2. SK (1) Simpang Lima  (Guru Besar: Pn. Hasmawati Mahamud) - 45 orang
3. SK Kg. Jawa                 (Guru Besar: Pn. Noraini Sahari) - 58 orang
4. SK Kg. Jawa 2              (Guru Besar: En. Nor Azizi Ruslee) - 83 orang
5. SK Pelabuhan Klang    (Guru Besar: Tn. Hj. Mohsin Mohd Amid) - 55 orang
6. SK (1) Jalan Batu Tiga (Guru Besar: Pn. Badariah Mahfods) - 34 orang

Program LADAP ini merupakan anjuran bersama gabungan 6 buah SK ini dan Open University Malaysia.  Pihak OUM telah mengadakan promosi program pengajian yang ditawarkan dan menyampaikan cenderamata, brosur serta sijil kepada setiap peserta.  Pihak OUM juga membiayai sebahagian kos makan minum peserta dalam ceramah ini.

Berikut dimuatkan rakaman beberapa adegan semasa ceramah ini berlangsung.

 
 
 
 






















Terima kasih atas jemputan untuk berkongsi ilmu ini dan diharapkan semua pihak dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsi.

SELAMAT MAJU JAYA












LADAP di SMK Tinggi Melaka: 'Protokol dan Etiket Kakitangan Awam' - 11 Februari 2017

Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada SMK Tinggi Melaka atas jemputan untuk menyampaikan ceramah protocol kepada staf berjumlah 120 orang pada 11 Februari 2017.  Ceramah diadakan di Dewan Muzium Rakyat Bandar Hilir, Melaka.

Rakan-rakan dari Group Marketing OUM turut serta dalam program ini dan menyampaikan cenderamata dan brosur mengenai program pengajian yang ditawarkan di OUM kepada semua peserta.

Berikut adalah rakaman dalam bentuk beberapa gambar program tersebut.



 


Terima kasih kepada tuan Pengetua SMK Tinggi Melaka, YBrs. Dr. Ramnan Saidun atas jemputan ini dan layanan mesra oleh beliau dan rakan-rakan staf yang lain semasa di Melaka.

Semoga ilmu yang dikongsi akan dapat dimanfaatkan.

SELAMAT MAJU JAYA.