Satu ceramah Protokol telah diadakan sempena Latihan Personel bagi sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Klang pada hari Sabtu, 14 Januari 2017 bertempat di Dewan SMK Setia Alam. Sekolah-sekolah yang menyertai acara ini adalah seperti berikut:
1. SK Taman Klang Utama (GB: Pn. Norlaila Jamaludin)
2. SK Kapar (GB: Pn. Nahariah Hasan Nudin)
3. SK Tok Muda (GB: En. Mohd Yazid Mohamad Kamin)
4. SK Bukit Kapar (GB: Pn. Hajah Amnah Rambli)
5. SK Meru Jalan Tap (GB: Pn. Azizah Mat)
6. SK Sungai Serdang (GB: En. Nor Mahali Mohamad Torman)
Seramai 460 orang guru menghadiri program ini yang diadakan dari pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Turut serta dalam program ini ialah rakan-rakan daripada Group Marketing OUM yang menyampaikan cenderamata dan brosur tentang program pengajian yang ditawarkan di Open University Malaysia.
1. Latihan Personel - Protokol - Part 1 https://youtu.be/R_ypZtu_GZE
2. Latihan Personel - Protokol - Part 2 https://youtu.be/JNg-UR8ugJc
3. Latihan Personel - Protokol - Part 3 https://youtu.be/IaFd6uqrWYE
Berikut beberapa gambar yang dirakamkan oleh staf yang menghadiri majlis ini.
Terima kasih diucapkan kepada kesemua GB sekolah-sekolah ini dan semua staf yang menyertai program ini. Diharapkan ilmu yang dikongsi ini akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melancarkan pengendalian majlis.
SELAMAT MAJU JAYA