Salam Sejahtera,
Satu ceramah Protokol telah dilaksanakan bagi 310 orang guru daripada 6 buah SK daerah Klang. Ceramah ini diadakan pada 25 Februari 2017 di Auditorium SJKC Pandamaran (A) di Klang, Selangor.
Terima kasih diucapkan kepada kesemua 6 buah sekolah yang telah mengambil bahagian dalam program ceramah ini, seperti berikut:
1. SK La Salle (Guru Besar: Pn. Salmiah Abd Hamid) - 31 orang
2. SK (1) Simpang Lima (Guru Besar: Pn. Hasmawati Mahamud) - 45 orang
3. SK Kg. Jawa (Guru Besar: Pn. Noraini Sahari) - 58 orang
4. SK Kg. Jawa 2 (Guru Besar: En. Nor Azizi Ruslee) - 83 orang
5. SK Pelabuhan Klang (Guru Besar: Tn. Hj. Mohsin Mohd Amid) - 55 orang
6. SK (1) Jalan Batu Tiga (Guru Besar: Pn. Badariah Mahfods) - 34 orang
Program LADAP ini merupakan anjuran bersama gabungan 6 buah SK ini dan Open University Malaysia. Pihak OUM telah mengadakan promosi program pengajian yang ditawarkan dan menyampaikan cenderamata, brosur serta sijil kepada setiap peserta. Pihak OUM juga membiayai sebahagian kos makan minum peserta dalam ceramah ini.
Berikut dimuatkan rakaman beberapa adegan semasa ceramah ini berlangsung.
Terima kasih atas jemputan untuk berkongsi ilmu ini dan diharapkan semua pihak dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsi.
SELAMAT MAJU JAYA