Monday, 4 April 2016

Tips Protokol dan Etiket Sosial - Pakaian Lelaki - Kemeja dan Tali leher

Salam Sejahtera,

Ini merupakan satu siri tips yang baharu untuk perkongsian ilmu protokol dan etiket sosial.
 
Sering kali saya memerhatikan cara kita berpakaian semasa menghadiri majlis formal mahupun semasa bertugas.  Saya mendapati bahawa ramai yang tidak mengenakan pakaian dengan cara yang betul atau sepatutnya.  Contohnya, pakaian lelaki berkemeja lengan panjang dengan bertali leher.
Ramai juga yang memakai kemeja bercorak, sama ada berjalur ataupun berpetak, dan mengenakan tali leher bercorak juga. 
 
Contoh padanan pakaian yang tidak tepat dalam majlis formal adalah seperti berikut:






Padanan kemeja dan tali leher dalam contoh di atas mungkin sesuai dalam majlis yang tidak formal tetapi tidak sesuai dalam majlis formal.
 
Apabila memakai pakaian kemeja yang berjalur atau berpetak, tali leher yang dipilih hendaklah yang plain (tidak bercorak), seperti contoh berikut:
 



Apabila memakai kemeja yang plain (tidak bercorak) maka sesuai mengenakan tali leher bercorak.  Kemeja yang plain boleh mengenakan tali leher plain tetapi apabila memakai suit.  Perkara ini akan kita bincang dalam tips yang berbeza. 

Berikut merupakan contoh tali leher yang sesuai bagi kemeja yang plain.






Saya berharap tips ini akan membantu untuk mengemaskan lagi padanan pakaian kemeja dan tali leher.

Selamat Maju Jaya.