Tuesday, 23 February 2016

Ceramah Protokol Bagi Pentadbir Sekolah PPD Petaling Perdana - 18 Februari 2016

Terima kasih diucapkan kepada Unit Latihan PPD Petaling Perdana atas undangan menyampaikan ceramah bagi Guru Besar dan Penolong Kanan PPD Petaling Perdana.  Terima kasih kepada MGB PPD Petaling Perdana atas inisiatif ini dan terima kasih kepada yang hadir iaitu hampir 180 orang pentadbir di Dewan D, MAEPS, Serdang.

Antara gambar yang sempat saya memperolehi daripada rakan-rakan yang hadir.












Saya berharap ilmu yang dikongsi akan digunakan sebaik mungkin dan memberi manfaat kepada kita semua.  Terima kasih Pn. Hamidah dan rakan-rakan lain yang sangat membantu.

SELAMAT MAJU JAYA.

Salam Tahun 2016

Salam Sejahtera dan salam pertemuan kembali dalam tahun 2016 ini.  Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terhadap sokongan rakan-rakan dan jemputan bagi berkongsi sedikit ilmu protokol dan etiket sosial yang saya miliki ini.
Antara ceramah yang diberikan pada tahun 2015 adalah seperti berikut:
LADAP Convent Bukit Nanas - 25/4/2015
Kursus Protokol bagi Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tingkatan 6 Negeri Sembilan - 28/4/2015
LADAP SMK Bera, Pahang - 16/5/2015
LADAP PPD Raub - 1/6/2015
LADAP SK St. Monica, Sandakan - 12/9/2015
LADAP PPD Tumpat - 14/9/2015
LADAP JPN Kelantan - 7-8/10/2015

Terima kasih sekali lagi diucapkan dan saya berharap sedikit ilmu yang dikongsi itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang sudah membetulkan beberapa amalan protokol di sekolah, contohnya menaikkan bendera semasa Perhimpuan Mingguan, dan kini lebih menepati kehendak pekeliling yang berkaitan.

Semoga kita terus belajar dalam tahun 2016 ini dan mengamalkan protokol dan etiket sosial yang betul.

Selamat Maju Jaya