Sunday, 5 June 2016

LADAP: PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL BAGI 4 BUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KLANG

Terima kasih atas undangan berkongsi ilmu dengan staf daripada 4 buah sekolah kebangsaan di Daerah Klang pada 7 Mei 2016 iaitu:

1. SK TELOK PULAI
2. SK SG KAPAR INDAH
3. SK TELOK GONG
4. SK BUKIT TINGGI

Berikut dimuatkan beberapa gambar yang dirakam oleh staf yang hadir.










 
 
Terima kasih diucapkan kepada GB dan pasukan daripada kesemua empat sekolah ini atas pengelolaan yang cemerlang dan kepada semua staf yang hadir dalam sesi ini.
 
Diharap ilmu yang dikongsi akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
 
SELAMAT MAJU JAYA

Monday, 4 April 2016

Tips Protokol dan Etiket Sosial - Pakaian Lelaki - Kemeja dan Tali leher

Salam Sejahtera,

Ini merupakan satu siri tips yang baharu untuk perkongsian ilmu protokol dan etiket sosial.
 
Sering kali saya memerhatikan cara kita berpakaian semasa menghadiri majlis formal mahupun semasa bertugas.  Saya mendapati bahawa ramai yang tidak mengenakan pakaian dengan cara yang betul atau sepatutnya.  Contohnya, pakaian lelaki berkemeja lengan panjang dengan bertali leher.
Ramai juga yang memakai kemeja bercorak, sama ada berjalur ataupun berpetak, dan mengenakan tali leher bercorak juga. 
 
Contoh padanan pakaian yang tidak tepat dalam majlis formal adalah seperti berikut:






Padanan kemeja dan tali leher dalam contoh di atas mungkin sesuai dalam majlis yang tidak formal tetapi tidak sesuai dalam majlis formal.
 
Apabila memakai pakaian kemeja yang berjalur atau berpetak, tali leher yang dipilih hendaklah yang plain (tidak bercorak), seperti contoh berikut:
 



Apabila memakai kemeja yang plain (tidak bercorak) maka sesuai mengenakan tali leher bercorak.  Kemeja yang plain boleh mengenakan tali leher plain tetapi apabila memakai suit.  Perkara ini akan kita bincang dalam tips yang berbeza. 

Berikut merupakan contoh tali leher yang sesuai bagi kemeja yang plain.






Saya berharap tips ini akan membantu untuk mengemaskan lagi padanan pakaian kemeja dan tali leher.

Selamat Maju Jaya.

Wednesday, 9 March 2016

LADAP - Protokol dan Tertib di Meja Makan- SMK(P) Bandaraya, Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur

Terima kasih atas undangan daripada SMK (P) Bandaraya Kuala Lumpur bagi menyampaikan LADAP Protokol dan Tertib di Meja Makan pada 5 Mac 2016.  Terima kasih kepada semua staf yang hadir dan syabas atas usaha menyediakan persiapan di meja makan mengikut kumpulan.  Latihan secara praktikal ini diharap akan memberi manfaat kepada semua staf.  Tahniah atas inisiatif mengadakan pertandingan antara kumpulan bagi menyerikan lagi majlis pada hari tersebut.
 
Berikut dimuatkan gambar-gambar yang sempat dirakam oleh guru sekolah ini, Pn. Zaliza.

 


















 
 
Terima kasih kepada Pengetua, Pn. Norbani Baba dan semua yang telah memberi kerjasama yang baik.
 
 
SELAMAT MAJU JAYA



Sunday, 6 March 2016

Latihan Personel - Protokol dan Etiket Sosial - SMK SS17 dan SMK TTDI Jaya di Taylor's University, Subang Jaya

Terima kasih diucapkan kepada Pengetua dan staf SMK SS17 atas undangan memberi ceramah pada 27 Februari 2016, bertempat di Taylor's University di Subang Jaya.  Terima kasih kepada pimpinan dan staf SMK TTDI Jaya, Shah Alam yang turut menyertai latihan ini. 

Dimuatkan antara gambar-gambar yang dirakam oleh pihak sekolah dan Taylor's University:

 

 



Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMK SS17, Tn. Hj. Azahar Nor Arifin Bin Ahmad yang kini berpindah sebagai Pengetua SMK TTDI Jaya, Shah Alam.

Diharapkan perkongsian ilmu ini akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Selamat Maju Jaya.